mlm ni xda apa yang istimewa nk di kongsikan dengan korang semua. jam dinding yang aku gantung menunjukkan pukul 3.30 pagi waktu di JORDAN. x dapat tidur malam membuatkan aku tegerak hati untuk mengisi sekali lagi bloq yang simpel ni. teringat masa2 yang da berlalu duduk lepak bersama member lama yang bujang n yang kawin.. lelaki n pmpuan.. ketika itu, sedang heboh isu wanita seksi ditangkap di sebuah kelab malam. Lalu timbul isu hak peribadi wanita untuk memakai apa jua pakaian yang diingininya, termasuk yang seksi. Lalu, aku mengambil kesempatan bertanya kepada member pmpuan soalan mudah berikut :-
Apakah agaknya sebab wanita ingin memakai seksi dikhalayak ramai? Dengan skirt pendek, atau baju sendat dan nipis?"
Ada di antara mereka mula memberikan pandangan..
" Untuk nampak cantik la..." katanya sambil tersenyum malu.
aku bertanya pula : "Agaknya untuk siapa mahu ditunjukkan kecantikan itu?"
"Tentulah kepada kaum lelaki, kaum wanita pun iya juga.." sambungnya.
"Baiklah, kalau lelaki tersebut sudah tergoda dengan kecantikan tu, lalu ingin menyentuh bahagian indah yang dilihatnya boleh ka ?" Tanya aku menguji.
" Isyh, ko ni.. tentulah tak boleh ba, dah kira ‘sexual harassment' (gangguan seksual) tu pek" dengan yakin sekali hujjahnya kali ini.
"kalau mcm tu, tidakkah pmpuan merasakan, tindakan mereka yang memaparkan bahagian yang menarik di tubuh mereka itu juga merupakan gangguan seksual kepada lelaki?" Tambah aku.
" Erm, macam mana tu pek?" Tanya mereka dengan nampak sedikit bingung sambil berkerut dahi.
"Ya la, bila orang lelaki yang sudah naik syahwatnya tu, kerana kecantikan peha wanita tu contohnya, mestilah terganggu syahwatnya, lalu terdetik keinginan seksualnya secara tidak terkawal" .."sebab tu aku cakap berpakaian seksi adalah suatu bentuk gangguan seksual kepada orang lelaki di sekelilingnya"
"Cuba bayangkan, karim( seekor kucing) yang lapar diacah-acah dengan ikan ‘fresh' yang digoyang-goyankan di hadapannya tentu geram kucing tu, malah silap haribulan, tentu diterkamnya muka orang yang mengacah juga" Tambah aku lagi memberi keyakinan.
"Tapi perlu diingat, tdk semua kucing akan terkam, hanya yang betul2 lapar dan liar, demikian juga lelaki, tdk semua lelaki gagal kawal nafsunya, tetapi tdk dinafikan bahawa ramai juga yang gagal dan liar"
Sebahagian wanita menyangka bahawa tutup aurat tu adalah tutup rambut sahaja. Ia adalah tidak tepat sama sekali. Asasnya adalah dari firman Allah SWT: ertinya :
"Hendaknya mereka itu melabuhkan tudungnya sampai ke dadanya, dan JANGANLAH KAMU MENDEDAHAKN AURAT DAN PERHIASAN KAMU KECUALI APA YANG TERZAHIR." (an-Nur: 31)